Saturday, September 22, 2007

Pertunangan dan mas kahwin
Hak dalam pertunangan

Berkaitan hak seseorang individu di dalam pertunangan,
Undang-undang Kekeluargaan Islam telah memperuntukkanbahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugisekiranya sesuatu pertunangan itu diputuskan olehpihak satu lagi.Sebagai contoh, seorang perempuan yang diputuskanpertunangannya dalam keadaan dia tidak rela dengankeputusan pihak lelaki tersebut, maka dia berhakmenuntut pihak lelaki membayar gantirugi perbelanjaanyang telah dibuat sebagai persediaan majlis danmenuntut supaya memulangkan semua pemberianpertunangan atau nilai barangan jika ianya telahdigunakan.Sekiranya suatu pertunangan itu diputuskan oleh pihakperempuan, maka keadaannya sama seperti jikapertunangan diputuskan oleh pihak lelaki. Pihakperempuan mesti memulangkan semua pemberianpertunangan atau nilai barangan jika ianya telahdigunakan.Pihak lelaki juga berhak menuntut gantirugiperbelanjaan yang telah dibuat untuk persediaan majlisdan menuntut kembali wang hantaran sekiranya telahdiberikan kepada pihak perempuan.Hak mendapat mas kahwinHak untuk mendapat mahar atau mas kahwin hanyadiperolehi oleh pihak perempuan iaitu bakal isteri.Mas kahwin adalah hak yang wajib diperolehi olehseorang isteri daripada suaminya. Mengikut peruntukanundang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suamiatau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasapernikahan dijalankan di hadapan dua orang saksi.Pihak pendaftar nikah akan mencatatkan jumlah maskahwin, pemberian atau sebarang perjanjian pemberianatau cagaran mas kahwin dan pemberian bagi serahanmasa akan datang iaitu selepas akad nikah.Tiada ketetapan khas di dalam perundangan berhubungdengan jumlah mas kahwin. Namun, memadailah jumlahtersebut dalam anggaran kemampuan bakal suami dantidak melibatkan hutang yang akan membebankankehidupan kedua pasangan suami isteri tersebut di masaakan datang.Tidak terdapat peraturan atau syarat tertentuberkaitan dengan ketetapan kadar mas kahwin. Namun,ada negeri yang menyelaraskan kadar mas kahwin tetapiianya bukanlah satu kadar yang tetap dan perludipatuhi. Bererti, pengantin perempuan atau walinyaberhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin yang berbezasama ada lebih kurang atau lebih tinggi berbandingamalan yang ada sekarang.Mengikut amalan sekarang, jumlah mas kahwin bagiseorang pengantin perempuan ialah:NegeriMas kahwin bagi gadisMas kahwin bagi jandaWilayah PersekutuanRM 80.00RM 40.00SelangorRM 80.00RM 40.00JohorRM 22.50*RM 22.50*MelakaRM 40.00*RM 40.00*Negeri SembilanRM 24.00 - RM 48.00RM 24.00 - RM 48.00PerakTiada ketetapanTiada ketetapanKelantanTiada ketetapanTiada ketetapanPahangRM 22.50RM 22.50TerengganuTiada ketetapanTiada ketetapanKedahTiada ketetapanTiada ketetapanPerlisTiada ketetapanTiada ketetapanPulau PinangTiada ketetapanTiada ketetapanSarawakRM 120.00RM 120.00SabahRM 100.00RM 50.00* boleh ditambah tetapi tak boleh dikurangkanAda di kalangan masyarakat kita yang masih keliruantara mas kahwin dan hantaran. Realitinya, terdapatperbezaan yang ketara antara keduanya. Mas kahwinialah pemberian wajib daripada suami kepada isterinyadan mas kahwin itu disebutkan semasa akad sama adadibayar secara tunai atau hutang. Sementara hantaranialah hadiah daripada suami kepada isterinya dan jugahadiah daripada isteri kepada suaminya iaitu salingbertukar hadiah sebagai tanda setuju denganperkahwinan tersebut. Hantaran juga bukanlah perkarawajib tetapi hanyalah satu hukum adat.Kebiasaannya, sebahagian daripada hantaran ini akandiberikan pada hari pertunangan dan sebahagian lagiakan diberikan pada hari akad nikah dijalankan.Barangan hantaran inilah yang ditetapkan mestidipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal ataunilaiannya sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan.Dalam pengamalan sekarang, masyarakat lebih menitikberatkan soal hantaran sehingga sanggup bergolokgadai. Malah apabila timbul persoalan untuk menaikkankadar mas kahwin, masyarakat mula kecoh kononnya ianyaakan membebankan pihak lelaki. Realitinya, kadar maskahwin yang perlu diutamakan kerana ianya merupakanpenghargaan untuk seorang isteri yang bersediamempertaruhkan jiwa dan raganya bagi mengabdikan dirisebagai seorang isteri kepada seorang lelaki bernamasuami.Sememangnya terdapat hadis yang menjelaskan bahawaantara ciri-ciri wanita sholehah ialah apabila nilaimas kahwinnya rendah. Namun, harus diingat, Islamadalah bertepatan dan bersesuaian dengan setiapkeadaan dan masa. Mas kahwin sepatutnya adalah sesuatuyang mampu memberi nilai kepada seorang isteri. Jikamengikut pengamalan sekarang, apakah yang boleh dibuatdengan RM22.50?Kaum wanita berhak untuk meminta jumlah mas kahwinyang bersesuaian dengan dirinya tetapi bukanlahketerlaluan hingga menyebabkan bakal suami terpaksaberhutang. Di zaman Saidina Omar, ketika beliau cubamenetapkan kadar mas kahwin, bangun seorang wanitamempertikaikan cadangan beliau lantaran di dalamal-Quran jelas mengatakan mas kahwin adalah hak mutlakwanita. Saidina Omar akhirnya akur dengan pendapatwanita tersebut dan tiada ketetapan dibuat.Merujuk kepada masyarakat kita hari ini, kenapakahtidak jumlah wang hantaran yang tidak wajib itudikurangkan sedikit, cukup sekadar untuk membiayaimajlis perkahwinan dan ditambahkan kadar mas kahwin,sebagai penghargaan dan hadiah pertama tanda cinta dan kasih seorang suami kepada isteri?

Sumber : www.keluarga.net.my

No comments: