Saturday, September 22, 2007

kawin

Rasulullah pernah bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin. Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumah tangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing. Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititik beratkan.Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untukkepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menujuke hari akhirat.
Pertunangan dan mas kahwin
Hak dalam pertunangan

Berkaitan hak seseorang individu di dalam pertunangan,
Undang-undang Kekeluargaan Islam telah memperuntukkanbahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugisekiranya sesuatu pertunangan itu diputuskan olehpihak satu lagi.Sebagai contoh, seorang perempuan yang diputuskanpertunangannya dalam keadaan dia tidak rela dengankeputusan pihak lelaki tersebut, maka dia berhakmenuntut pihak lelaki membayar gantirugi perbelanjaanyang telah dibuat sebagai persediaan majlis danmenuntut supaya memulangkan semua pemberianpertunangan atau nilai barangan jika ianya telahdigunakan.Sekiranya suatu pertunangan itu diputuskan oleh pihakperempuan, maka keadaannya sama seperti jikapertunangan diputuskan oleh pihak lelaki. Pihakperempuan mesti memulangkan semua pemberianpertunangan atau nilai barangan jika ianya telahdigunakan.Pihak lelaki juga berhak menuntut gantirugiperbelanjaan yang telah dibuat untuk persediaan majlisdan menuntut kembali wang hantaran sekiranya telahdiberikan kepada pihak perempuan.Hak mendapat mas kahwinHak untuk mendapat mahar atau mas kahwin hanyadiperolehi oleh pihak perempuan iaitu bakal isteri.Mas kahwin adalah hak yang wajib diperolehi olehseorang isteri daripada suaminya. Mengikut peruntukanundang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suamiatau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasapernikahan dijalankan di hadapan dua orang saksi.Pihak pendaftar nikah akan mencatatkan jumlah maskahwin, pemberian atau sebarang perjanjian pemberianatau cagaran mas kahwin dan pemberian bagi serahanmasa akan datang iaitu selepas akad nikah.Tiada ketetapan khas di dalam perundangan berhubungdengan jumlah mas kahwin. Namun, memadailah jumlahtersebut dalam anggaran kemampuan bakal suami dantidak melibatkan hutang yang akan membebankankehidupan kedua pasangan suami isteri tersebut di masaakan datang.Tidak terdapat peraturan atau syarat tertentuberkaitan dengan ketetapan kadar mas kahwin. Namun,ada negeri yang menyelaraskan kadar mas kahwin tetapiianya bukanlah satu kadar yang tetap dan perludipatuhi. Bererti, pengantin perempuan atau walinyaberhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin yang berbezasama ada lebih kurang atau lebih tinggi berbandingamalan yang ada sekarang.Mengikut amalan sekarang, jumlah mas kahwin bagiseorang pengantin perempuan ialah:NegeriMas kahwin bagi gadisMas kahwin bagi jandaWilayah PersekutuanRM 80.00RM 40.00SelangorRM 80.00RM 40.00JohorRM 22.50*RM 22.50*MelakaRM 40.00*RM 40.00*Negeri SembilanRM 24.00 - RM 48.00RM 24.00 - RM 48.00PerakTiada ketetapanTiada ketetapanKelantanTiada ketetapanTiada ketetapanPahangRM 22.50RM 22.50TerengganuTiada ketetapanTiada ketetapanKedahTiada ketetapanTiada ketetapanPerlisTiada ketetapanTiada ketetapanPulau PinangTiada ketetapanTiada ketetapanSarawakRM 120.00RM 120.00SabahRM 100.00RM 50.00* boleh ditambah tetapi tak boleh dikurangkanAda di kalangan masyarakat kita yang masih keliruantara mas kahwin dan hantaran. Realitinya, terdapatperbezaan yang ketara antara keduanya. Mas kahwinialah pemberian wajib daripada suami kepada isterinyadan mas kahwin itu disebutkan semasa akad sama adadibayar secara tunai atau hutang. Sementara hantaranialah hadiah daripada suami kepada isterinya dan jugahadiah daripada isteri kepada suaminya iaitu salingbertukar hadiah sebagai tanda setuju denganperkahwinan tersebut. Hantaran juga bukanlah perkarawajib tetapi hanyalah satu hukum adat.Kebiasaannya, sebahagian daripada hantaran ini akandiberikan pada hari pertunangan dan sebahagian lagiakan diberikan pada hari akad nikah dijalankan.Barangan hantaran inilah yang ditetapkan mestidipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal ataunilaiannya sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan.Dalam pengamalan sekarang, masyarakat lebih menitikberatkan soal hantaran sehingga sanggup bergolokgadai. Malah apabila timbul persoalan untuk menaikkankadar mas kahwin, masyarakat mula kecoh kononnya ianyaakan membebankan pihak lelaki. Realitinya, kadar maskahwin yang perlu diutamakan kerana ianya merupakanpenghargaan untuk seorang isteri yang bersediamempertaruhkan jiwa dan raganya bagi mengabdikan dirisebagai seorang isteri kepada seorang lelaki bernamasuami.Sememangnya terdapat hadis yang menjelaskan bahawaantara ciri-ciri wanita sholehah ialah apabila nilaimas kahwinnya rendah. Namun, harus diingat, Islamadalah bertepatan dan bersesuaian dengan setiapkeadaan dan masa. Mas kahwin sepatutnya adalah sesuatuyang mampu memberi nilai kepada seorang isteri. Jikamengikut pengamalan sekarang, apakah yang boleh dibuatdengan RM22.50?Kaum wanita berhak untuk meminta jumlah mas kahwinyang bersesuaian dengan dirinya tetapi bukanlahketerlaluan hingga menyebabkan bakal suami terpaksaberhutang. Di zaman Saidina Omar, ketika beliau cubamenetapkan kadar mas kahwin, bangun seorang wanitamempertikaikan cadangan beliau lantaran di dalamal-Quran jelas mengatakan mas kahwin adalah hak mutlakwanita. Saidina Omar akhirnya akur dengan pendapatwanita tersebut dan tiada ketetapan dibuat.Merujuk kepada masyarakat kita hari ini, kenapakahtidak jumlah wang hantaran yang tidak wajib itudikurangkan sedikit, cukup sekadar untuk membiayaimajlis perkahwinan dan ditambahkan kadar mas kahwin,sebagai penghargaan dan hadiah pertama tanda cinta dan kasih seorang suami kepada isteri?

Sumber : www.keluarga.net.my

Ur love

Inilah cinta Abang pada Ja...
cinta yang dijaga dan dipelihara dengan sepenuh jiwa dan raga
kesetiaan yang tak pernah berbelah bahagi
kasih dan sayang yang tak pernah luak
pujaan hati ditatang bagai minyak yang penuh

Abang tersangat sayang Ja buat selamanya

sajer sajer untuk tatapan kekasih abang

CINTA & WAKTUAlkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagaimacam benda-benda abstrak: ada Cinta, Kesedihan,Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidupberdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datangbadai menghempas pulau kecil itu dan air lauttiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.Semua penghuni pulau cepat-cepat berusahamenyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab iatidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan.ementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta.Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuhperahu."Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta."Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "perahuku telahpenuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamuserta, nanti perahu ini tenggelam.Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."Lalu Kakayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnyaKegembiraan lewat dengan perahunya."Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. NamunKegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahusehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggangdan Cinta semakin panik.Tak lama lewatlah Kecantikan."Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta."Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisamembawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yangindah ini." sahut Kecantikan. Cinta sedih sekalimendengarnya.Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlahKesedihan."Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta."Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendiriansaja... " kata Kesedihan sambil terus mengayuhperahunya.Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akanmenenggelamkannya.Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!"Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorangtua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahuitu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulauterdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segerapergi lagi.Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekalitidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannyaitu. Cinta segera menanyakannya kepada seorangpenduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tuaitu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu." kata orangitu."Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku takmengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku punenggan menolongku" tanya Cinta heran."Sebab," kata orang itu, "hanya Waktu lah yang tahuberapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu ... "

idea masa abang chek emel

**Jika kita menCINTAi seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

****Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jikakamumasih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamumasih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamutidak menCINTAinya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.**

ape itu cinta...

apa itu cinta..
cinta sesuatu yang indah,.
banyak perasa didalamnya,.
ada manis,pahit,.masam,
semuanya bercampuraduk,
melalui cinta juga kita akan merasai bahangnya,
pedihnya jiwa bila ia disakiti
Di hadapan orang yang kita cinta,hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,hati kita akan gembira...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kitacinta,kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orangyang kita suka,kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,lidah bebas berkata apa sahaja...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kitacinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kitasuka...
Bila orang yang kita cinta menangis,kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,kita akan turut membuat dia gembira...
Setiap orang yang akan mengalami ini dalamhidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yanganda cinta. (abang atau dia) ekekekeke gurau jer..Tetapi, hakikatnyaCinta kepada Allah swtAdalah lebih hakiki dan abadi
tapi jangan percaya seratus peratus yer...
warna awak:
PutihKamu punya matlamat yang jelas dalam hidup danberusaha keras untukmendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehandalampelajaran/kerjaya.
Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan oranglain.
Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap sidia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburubuta namanya!

warna abang: Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yangbijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapatkamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulahy ang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
PUTERI KU...
Aduhai puteri ku sayang...
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut mu bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu
Disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasan mu umpama benteng negara dan agama
Bukan untuk dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteri ku sayang...
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itu lah tempatnya
Aduhai puteri ku sayang...
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteri ku sayang...Kau bunga idaman.

madah cinta abang

"kasih...acapkaliperistiwa lalumenerjah sanubarikumemori indahmenikam kalbualangkah indahnyatika bersamamukasih...tanpa cintamuhati inibagaikan bekusedingin saljukasih...bagaimana setianyapungguk rindukan bulanbegitulah setianyacintaku padamu"hak cipta terpelihara

jauh di mata namun Ja tetap dihati

Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyakmengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupuntempohnya agak lama, haruslah kita mempercayai jarakdan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kita.Perasaan ini harus wujud, walaupun tidak selalu dapatbersua namun perasaan saling merindu dan menyayangiakan>>menguatkan lagi perhubungan kita ini. oleh itu,teguhkan hati dan pendirian mu bahawa hanya cintaabang sahaja yang bertakhta di hati.

panduan Bile suami isteri bergaduh

Artikel Lelaki

Panduan Berdamai
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.
"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)
"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)
"Ini salah awak juga." (tuduhan)
"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan
selalu bergaduh." (tuduhan)
"Abang tak guna langsung." (celaan)
"Awak tak senonoh!" (celaan)
"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)
"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.
a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)
"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup
tiap-tiap bulan." (/)
b. "Awak degil." (x)
"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak
bantah." (/)
c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)
"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya
tak berasa diri saya diabaikan." (x)
10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.
Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya. Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".
a. "Jangan biadab pada saya." (x)
"Jangan menengking saya." (/)
b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)
"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)
c. "Jangan pemalas." (x)
"Jangan selalu tidur siang." (/)
d. "Layan saya dengan betul." (x)
"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)
e. "Jangan syirik." (x)
"Jangan bomohkan saya." (/)
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.